Jul 28, 2011

bola..bola...dan bola..bg aku yg x mnat nie..x tau nk wat pe...nk tkar template blog..line plak tgh slowww giler....terheg-heg...siput pn jln lg lju kot....plan nk tgk2 hp BB bold...agak2 bole jmpe x yg bkenan dihati...

Jul 8, 2011

back to december

nk sambung degree..mnx surat sokongan dlu...


Zarina Binti Ismail
Jurarawat Terlatih U29
Dewan Bedah
Hospital Batu Pahat,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Melalui saluran tertentu:-

Pegawai Yang Menjaga
Dewan Bedah
Hospital Batu Pahat,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Ketua Jabatan Anaesthesia
Hospital Batu Pahat
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Pengarah Hospital
Hospital Batu Pahat,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Tuan/Puan,
MEMOHON KELULUSAN DAN SURAT SOKONGAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN
Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut diatas,
2.            Sukacita dimaklumkan ,saya ingin memohon kelulusan dari pihak tuan/puan dan surat sokongan bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia dalam jurusan Sarjana Muda Sains Kejururawatan Dengan Kepujian.Untuk pengetahuan tuan/puan ,sesi pembelajaran saya bermula pada bulan September 2011 dan tempoh pengajian adalah 2 tahun.
3.            Untuk makluman tuan/puan ,tujuan saya melanjutkan pelajaran adalah untuk meningkatkan kerjaya serta pembangunan kendiri pada masa yang akan datang.Saya juga berjanji dalam tempoh pembelajaran saya ini ia tidak akan mengganggu tugas hakiki saya.
4.            Pertimbangan dari pihak tuan/puan amat saya hargai.
Sekian Terima Kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENYAYANG,BEKERJA  BERPASUKAN DAN PROFESSIONALISMA ADALAH BUDAYA KERJA KITA”

Yang Benar,




(ZARINA BINTI  ISMAIL)
Jururawat Terlatih U29
Dewan Bedah
Hospital  Batu Pahat
Johor Darul Takzim.



CSSU